TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN
Dalam negara malaysia ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
MITOS PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHING. Sabah ,
Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada
9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.
MITOS KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG.
Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah
Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National
Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays
National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
MITOS KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya,
Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta,
Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat
senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa
angkat senjata British tidak akan undur.
MITOS KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan
ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre
Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar
menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia
memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan
British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
MITOS KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat
bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled
–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di
ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya lihat Jalur Gemilang tidak
ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif
Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini
wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.
MITOS KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak
pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak
mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan
China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu
dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka
akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong
takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara
klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai
takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays
National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan
kerena gerombolan ini.
MITOS KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS
Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.
Sumber: http://mt.m2day.org/2008/content/view/26082/84/
Thursday, October 22, 2009
Tujuh mitos, tujuh penipuan tentang Malaysia yang menulis orang malaysia sendiri
Posted by Bima S. Purwanto at 1:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment